Banyak diaplikasikan pereka fesyen untuk kebaya moden atau busana melekap di tubuh
Potongan peplum berupa kegilaan terbaru segenap pereka busana dan fesyenista. Fesyen sedemikian menampilkan kain kembang yang disusun kemas dan beralun cantik seakan-akan skirt mini di pinggang.
Malah ia banyak diaplikasikan dalam rekaan kebaya moden atau busana melekap di tubuh. Begitupun, seiring dengan perkembangan fesyen dunia terkini, potongan peplum kini menjadi sebahagian daripada aksesori pada busana dan ia tidak terhad setakat hiasan di bahagian pinggang.
Contoh ada beberapa pereka mengaplikasikan potongan busana pada bahagian baju. Ia menyerlahkan penampilan si pemakai seperti pernah digayakan Hanez Suraya dalam majlis Anugerah Bintang Popular BH 2014.
Baju digayakan Hanez mendapat pujian pengacara program E! Entertainment, Giuliana Rancic apabila ditunjukkan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi sewaktu kunjungannya menemubual pengacara popular Hollywood itu.
Apa yang digayakan Hanez juga menjadi inspirasi Falisha Crossley apabila perekanya menampilkan rekaan potongan peplum serupa di bahagian bahu sebelah kanan. Cuma peplumnya dilebihkan dan terjuntai labuh hingga ke bahagian lengan.
Peplum juga digunakan pereka busana digayakan DJ Lin, sebagai perhiasan di bahagian dada dan diperincikan lagi dengan hiasan sulaman sedondon pada bahagian lengan baju.
Mencuba sesuatu yang baru, pereka busana digayakan Didie Alias di majlis Anugerah Seri Angkasa menggunakan peplum sebagai potongan di lengan bagi menambah keunikan penampilan pengacara popular itu.
0 comments:
Post a Comment