Saturday, 10 December 2016

Bandung, Indonesia

Kota Bandung adalah sebuah ibu kota provinsi Jawa Barat di Indonesia. Pada zaman dahulu, kota ini dikenali sebagai Parijis Van Java, iaitu "Paris di Jawa" dalam bahasa belanda. Disebabkan lokasinya di dataran tinggi, Bandung terkenal kerana iklim yang sederhana. Oleh itu, ia menjadi salah satu destinasi pelancong yang popular.

Disebabkan Bandung banyak kain murah and jahit baju cepat siap jugak rara dengan family rara terpaksa ikut mak rara pergi Bandung XD






Lepas banyak kali delay flight disebabkan tentera buat apa pun rara tak tau dekat airport Bandung, akhirnya kita orang sampai jugak!! Hahaha

Husein Satranegara International Airport

So daripada Airport Bandung, kita orang terus pergi check in hotel yang kita orang dah book dari awal lagi, dekat Grand Sovia Hotel, Bandung. 

Grand Sovia Hotel, Bandung

Sampai je sini, siap letak barang semua, rara dengan kakak rara jalan-jalan discover sikit apa yang ada dekat hotel ni. Since kita orang tau hotel ni ada swimming pool, kita orang cari la tapi tak jumpa XD end up tanya orang dorang cakap dekat atas, so kita orang pun naik la atas. So first thing kita orang buat dekat bandung, mandi swimming pool sebab memang hari kita orang sampai tu memang takde plan apa-apa.



View dari swimming pool


then malam tu pula, sebab rara nak hair dryer rambut terpaksa naik atas pergi area swimming pool tu untuk hair dryer XD then kita orang makan dekat Kampiun Bistro, kedai ni dekat je dengan hotel, so kita orang pun jalan kaki je. Kedai ni selain daripada ada Steak&Grill, dorang ada buat Live Music juga tau. Suasana kedai dia memang takde beza dengan kedai dekat Malaysia. Tapi disebabkan jam Indonesia lambat sejam, kita orang datang pukul 8pm waktu Malaysia. Tapi waktu Indonesia 7pm, macam awal sangat nak dinner, so waktu tu kedai tu takde orang XD











then esok paginya sarapan dekat hotel then pergi pusing-pusing Bandung and mak rara beli kain untuk hantar jahit.







then tengah hari tu makan nasi padang, dekat Restoran Sederhana Masakan Padang. Nasi padang ni asalnya daripada Padang Kota, ibu negara Barat Sumatera, Indonesia. Selalunya memang dorang hidangkan lauk banyak-banyak macam ni, ada daging, ikan, sayur-sayuran, sambal and banyak lagi, makan dengan nasi putih. Nasi padang ni jugak merupakan salah satu makanan yang terkenal dekat Sumatra dan juga merupakan satu sumbangan terbesar orang Minangkabau kepada masakan Indonesia. Tapi jangan salah faham, memang dorang hidangkan banyak2, tapi tak semestinya semua yang dihidangkan kena bayar. Kita cuma bayar untuk sepiring lauk yang kita ambil tu je. So lebih baik, kalau amik sepiring tu habiskan semua. sebab walaupun kita ambil cuma sikit, tapi sebab kita sentuh lauk dalam piring tu so kita kena bayar harga sepiring tu terus. Tapi kalau makan ramai-ramai macam ni, sangat jimat!


then malam tu pulak, lepas take away KFC, kita orang balik hotel balik sebab ada tukang jahit nak datang ukur badan untuk jahit baju.


then esoknya kita orang pergi Garut, untuk cari barang-barang kulit.


then kita orang makan dekat Restoran Mergosari Leles, Garut, Bandung. Dengan berviewkan kebun/bukit.






then balik, sampai je hotel tukang jahit yang datang ukur badan masatu call, cakap nak datang, baju dah siap :O cepatnyaaaaa. then terus la try. 
p/s: Sorry belakang sepah.


esok paginya pergi kedai custom made seluar jeans pulak XD tapi kita orang datang awal sangat, kedai pun belum buka so terpaksa la tunggu luar kedai masatu. Sementara tu kita orang pun ber-ootd la XD then pergi makan.





then takde activity untuk haritu, cuma pergi jalan-jalan and pergi mall cari barang-barang then balik hotel. Esoknya balik. Before balik, sebab tunggu semua orang lama sangat, rara sempat naik atas pergi amik gambar view hihi






tapi sebelum balik tu, kita orang sempat singgah kedai Kartika Sari untuk beli brownies. 




tapi balik kita orang tak guna Husein Sastranegara International Airport, Bandung.
Kita orang guna Soekarno-Hatta International Airport, Jakarta. So daripada Bandung nak ke Jakarta amik masa jugak la sejam dua. Sampai je Soekarno-Hatta International Airport masing2 lapar, then terus pergi makan.





then sampai KLIA.


0 comments:

Post a Comment

 

Hello Bananas! Template by Ipietoon Cute Blog Design