Sunday, 11 December 2016

WEDDING CHECK LIST

Hi good evening korang, haa hari ni zaty nak update sikit pasal check list perkahwinan. ha tahun depan 2017 mesti ramai plan yang nak mendirikan rumah tangga la, ada yang plan juga nak bertunang la ha uolls kalau nak plan something tu at least tau tau barang apa yang patut di beli then tau nak reception tu macam mana, haa zaty nk share check list so jom kita semak sama-sama ye..
     

1.TEMPAH PELAMIN. uolls kena booking 6 bulan awal dari tarikh perkahwinan korang tau. contoh yang korang da booking katering, makeup, pelamin, fotograph, dan sebagainya sebab takut last mint nanti dah tak boley nak tempah.

2.DAFTAR KURSUS KAHWIN. ha nak daftar kursus kahwin ni pon kena awal tau 6 bulan awal jugak bukan esok nak nikah time tu baru nak daftar, hahahah nanti tok kadi pon tak nak terima

3.TETAPKAN TARIKH. korang mesti la da ready nak tetapkan tarik nikah and sanding make sure kedua-dua belah pihak tau tarikh yang korang pilih tu sebab senang parents nak buat persiapankan, kot2 la nak buat wedding korang tu besar-besaran.

4.TENTUKAN TEMA MAJLIS KAHWIN. haa selalunya tema-tema ni mak pengantin yang nak request sebab orang dulu-dulu cakap pilihan orang tua adalah yang terbaik haa so apalagi bukan main la mak-mak pengantin kalau da bagi green light kn, hahahaha.

5.MEDICAL CHECKUP(HIV)TEST. ermm yang ni memang tak boleh elak la tak kisah la kau anak dato ke anak datin ke and cakap memang takde hiv bagai tapi kalau korang nak kawin checkup ni memang wajib kena buat tauu and lagi satu tanpa kelulusan medical checkup selagi tu korang tak boleh kawin haa nampak dak betapa pentingnya medical checkup ni.

6.BELI BARANG HANTARAN. rancang dengan pasangan korang supaya beli barang hantaran yang diperlukan sahaja supaya tak la membazir nanti dan yang paling penting korang tau barang apa yang nak di beli, paling senang ikut sekali pasangan korang kalau nak beli tu ye, orang lelaki ni dia bukannya tau yang dia tau main beli je nanti, hahahahaha.

7.DOORGIFT/BUNGA TELUR. doorgift ni pon penting juga untuk para tetamu yang hadir sebagai tanda terima kasih kerana datang di majlis perkahwinan and bunga telur pula adalah memainkan peranan utama di majlis tau kita boleh letak dekat pelamin atau dibahagi-bahagikan kepada saudara-mara yang nak balik, sama jugak sebagai tanda terima kasih.

8.GUBAH BARANG HANTARAN. orang dulu kalau gubah hantaran dia akan gubah sendiri dengan saudara mara dan buat sama-sama sebab meriah katanya situasi sebegitu, berbeza pulak zaman sekarang sebab zaman sekarang orang lebih utamakan decoration, tema, doorgift, kalau hantaran ni diorg tempah je tau-tau dah siap, hehehehe.

9.TEMPAH JURU NIKAH/TOK KADI. yang ni lagi lah penting uolls kalau juru nikah tak de ha takyah kawin la, hahaha so better order dulu awal2 ea.#igat kedai mamak ke main order2

10.TETAPKAN BILANG TETAMU. penting untuk keluarga pengantin menetapkan bilangan tetamu yang bakal hadir di majlis perkahwinan anak mereka supaya dapat menentukan bajet korang tau.

11.TEMPAH ATAU CETAK KAD JEMPUTAN. tempah atau cetak kad jemputan sekurang-kurangnya dah buat awl selepas korang tau tarikh pernikahan dan persandingan sebulan sebelum kenduri kahwin barulah kad jemputan boleh diedarkan.

ok ni sahaja check list yang zaty nak share dengan korang tauu, so gunakan peluang yang ada kepada bakal mempelai ye make sure korang double check tak pon triple check pon takpe kita just nak memastikan semua berjalan dengan lancar. ok jumpa zaty the next blog . bye......

0 comments:

Post a Comment

 

Hello Bananas! Template by Ipietoon Cute Blog Design